SALAM..

HIDUP INI SUATU PERJUANGAN. MAKA KITA HARUS KUAT N JANGAN SESEKALI TEWAS!

Saturday, December 1, 2012

Cuti Sekolah + diet

Hmm hampir sebulan dah diam x diam aku bercuti.. Hajat utama nk diet. tp yg nyampah ttg diet ni bila sekejap turun sekejap naik.. aku lani cuba nk follow n berazam nk loose weight. Aku bli ebook lagi dr web ni.. www.dietkamikaze.com. Bgs. Byk tip2 berguna yg dapat. Nantilah bila aku loose weight aku akan post gambor terkini kat sini. lani xleh lg sbb ada iras2 almari kabinet kat opis sekolah... Minggu lepas gi gym woo... Sejam aku eksesais. Mlmnya betis sakit2 yg amat. Kena amik minyak panas sapu. Almaklumlah dah bertahun aku tak senam. Tgh mlm lak bgn nak ke toilet punya la siksa. Terik urat kaki aku. Mcm robot nak ke toilet. Kelakar pun hader...Nk Kurus punyer pasal.
Esok gym lg..huhuhu.. 
Apapun aku try la diet ni disamping permintaan anak2 suh wat kek coklat moist.. Dah brp bijik aku buat start cuti ni. Mak nyer ajer yg gumuks tp anak2 n suAMI slim jerr...nk post gambar kek tp xderlak lam laptop ni, xperlah nanti ada masa kang aku postlah.

1 Disember

Tarikh yg akan aku ingat selagi hayat dikandung badan. Hari ni genap 3 thn arwah Lutfi meninggalkan kami sekeluarga.. Alfatihah..Betapa besarnya ujian yg Allah dtgkan dalam hidup aku. Namun semua itu ada hikmah. Apa yg aku tahu Allah datangkan ujian kepada hambaNya kerana Dia rindukan hambaNya. Aku redho.. Setelah apa yg berlaku aku menjadi insan yang semakin tabah dalam menghadapi setiap ujian yg mendatang..Aku bersyukur.

Saturday, July 7, 2012

LIGA SUPER

Kelantan menang dengan penuh bergaya. 6-0 tu... tp kenapa yer, if player kelantan wat mistake, cepat jer kad kuning tu melayang tp if pihak lawan, even kesalahan yg sama, takdernyer nak kuarkan kad kuning.. kenapa yer pengadil. apapun last nite menyaksikan kapten Perak dilayang kad merah . Bg aku, salah kapten tu la sapa suh main kasar. bila org layang kad kuning mulala nak marah.. harap jgn ada yg kecik ati.. sekadar luahan perasaan aku.maaf

KEJOHANAN BALAPAN 2012

hmmm rumah tok janggut kali ni hanya mampu jadi naib juara tahun ni. Xperlah, takder rezeki. next year kita cuba lagi anak-anak yer.. InsyaAllah.. Tahniah to rumah BIRU (Datuk Bahaman) kerana jadi juara tahun ni..

Monday, May 21, 2012

PIALA FA

AKHirnya kelantn berjaya menang piala fa.. suka nya hati setelah beberapa thn mencuba nasib di final.. tahniah kepada skuad bolasepak kelate..

Monday, May 14, 2012

HARI GURU 2012

ESOk 16 Mei.... hari guru. Hmmm... diam x diam dah 15 thn aku jd warga pendidik. mcm2 kerenah pelajar yg aku jumpa. n diam x diam juga dah 14 thn aku pegang jawatan guru data. Bayangkan dr guna desktop n now dah guna laptop. dulu2 bila ada kursus data, terpaksa la mengangkut desktop ke tmpt kursus. brt yg amat..dgn monitor crt nya.. tp seronok jd guru data ni. memangla bz tp aku ni memang jenis suka mengadap komputer.. lorr aku ni nak citer pasal guru or guru data ni.. lari tajukla pulak. haiseh...
kenapa aku pilih jawatan guru yer? ingat lagi masa kat maktab, dr Tan tanya kenapa u nak jd guru? I x nak dgr jawapan nak jd guru becoz last choice.. Nasib baik dia x tanya aku.. aku sendiri xder jawapannya. Tp bukan last choicelah. masa kecik2 dulu memangla aku ada cita2 nak jd cikgu.. tp tu bukan jawapan yg kukuh pun... Jd cikgu ni kan, rasanya mcm dah tertulis di wajah kot. kemana aku pegi org akan panggil aku cikgu. dunno y.. aku tanya member2 yg lain pun gitu jugaklah lebih kurangnya. Agaknya cikgu2 ni ada style tersendiri kot , hanya org yg bukan guru jer kot yg leh mengenali cikgu ke x ni. aku x reti nak teka...
Anyway, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU2 KAT MALAYSIA NI...

PERKEMBANGAN BABY 8 BULAN

Baby Hafiz dah berusia 8 bln.. aku pun google lah what can baby do bila dah 8 bln ni maka aku pun copy pastelah dr website babycenter..

Perkembangan bayi anda pada usia 8 bulan

  

Duduk, merangkak dan berdiri

Sekarang, bayi anda sudah berusia lapan bulan jadi dia sudah mula duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin sudah merangkak atau bergerak ke sana sini dengan menyeret punggungnya (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak). Bayi anda juga mungkin sudah boleh menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot. Malah, jika anda dirikan bayi anda di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan kedudukan berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan menggunakan perabot untuk bergantung.

Kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi anda sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan, dan walaupun kadang-kala jantung anda tersentak sebentar, jangan bimbang, malah cubalah menikmati bagaimana bayi anda menerokai persekitarannya dan menyedari batas-batasnya. Jika anda dapat menahan gerak hati anda daripada melindungi bayi anda, ini membolehkan dia membesar dan belajar secara sendiri. Walau bagaimanapun, anda haruslah berusaha untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda. Sebagai contoh, anda perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah (supaya tidak jatuh) dan menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang jarang dimasuki oleh bayi.

Menggunakan tangan

Bayi anda akan cuba mencari objek yang telah jatuh dan menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah objek itu. Kini, bayi anda juga mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut sekeping makanan dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, dan dia juga telah belajar membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk menjatuhkan atau melontar objek. Dia mungkin akan mula memahirkan dirinya untuk pegangan menyepit, iaitu satu cara pengendalian yang rumit yang membolehkan dia mengambil objek kecil dengan ibu jari, jari pertama dan jari keduanya.

Sifat semakin emosional

Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman kepada orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan. Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan belajar memahami dan meniru emosi tertentu dan mungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan mula menangis.

Apabila berpisah

Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda kebimbangan berpisah dengan ibunya. Bayi anda akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain.

Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya.

Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda.

Mengeksplorasi objek

Pada waktu ini, kebanyakan bayi akan meneroka objek dengan menggoncang, menghempas dan menjatuhkan objek sebelum kembali kepada cara pengujian yang paling baik baginya, iaitu mengunyah objek tersebut. Idea bahawa kita melakukan sesuatu kepada objek sudah mula timbul, oleh itu, elok sekiranya disediakan tempat di mana terdapat banyak barang yang boleh dibaling, dicucuk, dipusing, dipicit, digoncang, dijatuhkan dan dibuka oleh bayi anda dan ini akan measyikkannya.

Pada tahap ini, bayi-bayi suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula (tentu sekali anda yang memungutnya) dan dibaling semula. Bayi anda bukannya cuba membuat anda marah dengan perangainya ini; dia hanya mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya berulang kali.

Kini, bayi anda juga faham bagaimana suatu objek berhubung kait dengan objek yang lain. Contohnya, dia menyedari bahawa benda yang lebih kecil boleh muat ke dalam benda yang lebih besar. Bayi anda akan dengan mudah mencari barang yang anda sembunyikan, dan dia akan menunjuk kepada gambar yang betul yang disuruh cari. Dan untuk beberapa bulan yang seterusnya, bayi anda akan mula menggunakan objek secara tepat - memberus rambutnya, minum dari cawan dan membebel dengan menggunakan telefon mainannya.

Penglihatan yang semakin baik

Bagi bayi anda penglihatannya kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman. Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik.

Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya.

Wednesday, April 18, 2012

KERTAS SOALAN


sejak aku mengajor di sekolah ni, tak penah2 kena wt soalan matematik. He..he..hee napok gayanya kali ni kena la weh...  hmm.. peksa start 15 Mei ni.. kena start mencari. Rasa2 nk wat soalan past year jer lah..tp edit2 la sket.

HARI SUKAN MERENTAS DESA 2012

SENAMAN

SENAMAN SEBELUM BERMULA

ME N FREN....

Saturday, April 7, 2012

CEREK TAK BERBUNYI...

Pagi td tetiba jer msgh masuk kat tempat kijer.. ooo hubby msg. "sapa masak air td?" Umi la aku jawab.. Opps aku br teringat. Aku masak air pagi td. Lupa tutup la plak. Tp pesal takder bunyik yer... rosak plak la cerek aku ni. Kebelakangan ni aku asik lupa jer. Ntah naper..

BLOG

hmmm.....byk lg aku nak blajar pasal blog2 ni.  ada sesapa nak tunjuk ajar? blog aku ni cam bodo jer..x happening langsung. Guano nih

KERJA KURSUS SEJARAH PMR

7/4/2012...td aku menemani syafiq ke Nordin Batik untuk tugasan kerja kursus sejarah dia. Hmmm....best jugak ke tempat ni. Ni la first time aku melihat proses pembuatan batik. Terlebih dahulu, aku salute dengan pihak pengurusan Nordin Batik. Diorang dah siap2 fotostat segala maklumat yang dikehendaki oleh pelajar (ramai pelajar yang pegi serbu kat situ. Bayangkanla se Kota Bharu ni). Jadinya xyahlah susah2 nk interview bagai..


Amacam? Cantikkan...

Thursday, April 5, 2012

SALAM PENGENALAN

Salam pengenalan. Blog ini dicipta saja-saja untuk berkongsi apa jua maklumat yang dirasakan perlu.. Apapun, this is my beautiful babIES...yup..semua boys... hahaha

MY BELOVED BABY LUTFI (MENINGGAL ON 1 DISEMBER 2009)

MY NEW BORN BABY HAFIZ

DANISH N SYAQIR
 MY ELDEST SYAFIQ